Sunday, June 29, 2008

film review : ‘sepi’ by kabir bhatia


filem : sepi
pengarah : kabir bhatia
pelakon : afdlin shauki, vanida imran, nasha aziz, tony eusoff, eja, riezman khuzaimi, baizura kahar, syed hussein, pierre andre
genre : drama / romantik

Memulakan ulasan aku mengenai filem sepi, akhirnya filem yg paling ditunggu tahun ini dpt juga aku tontoni pada 27 jun lepas. Aku pergi nonton sorang aje, bukan apa, tengok sorang ni dpt ler feel lebih sikit. Feel the soul kata omputih. Time sedih & sebak tu bolehlah layan leleh sorang, huhuhuuuu…

Sepi dimulakan dgn pertembungan tiga watak utama dlm cerita masing2 menjadi penggerak utama filem ini. Kemudian setiap penceritaan dikembangkan satu persatu mengikut isu masing2.

Satu idea kreatif yg amat jarang sekali digunakan dan tahniah kpd penulis skrip mira & ara, yg berjaya membuat kita utk cuba memahami & merasai erti kesepian, cinta & perpisahan dlm watak2 filem ini. Sinematografinya yg cemerlang, cantik mewarnai lagi mood filem ini utk membuatkan kita benar2 dpt merasai erti kesepian dan memahami ketulusan cinta.

Sinopsis filem ini,
Cerita ‘kesepian’ pertama mengenai sorang pastry chef bernama adam, yg kesepian, Lakonan terbaik yg ditonjolkan oleh afdlin, watak yg amat sesuai dgn karektor selamba kodoknya. Walaupun sorang yg ceria & lucu, tetapi dia masih tercari2 soulmate sampai matinya. Dia amat tertarik dgn sorang aweks wedding planner, yg selalu menyelitkan bunga camelia di rambutnya. Kecantikan & kelembutan vanida, melengkapkan karektor gadis impian si kodok itu. Di masa yg sama, chef kodok ini amat digilai oleh seorang wanita cantik tetapi kecoh dan amat terlebih peramah yg dilakonkan oleh nasha aziz.

Cerita ’kesepian’ kedua mengisahkan sorang taukeh kilang kasut cap roadrunner, yg cuba lari dari kenangan silam kematian isterinya. Tony yg memeran watak sufi, bakatnya amat jarang sekali kita saksikan dilayar lebar ternyata berjaya memberikan nyawa terhadap watak yg dihantui rasa bersalah di atas kematian org tersayang. Dia dipertemukan dgn seorang isteri kesunyian bernama marya, yg ditangani dgn amat baik oleh eja, membuatkan taukeh kasut ini mempercayai cinta tidak datang hanya sekali. Dan cinta suci mereka ini bertahan sehingga ke akhir hayat.

Cerita ’kesepian’ yg terakhir, berkisar kpd seorang pelajar yg juga penulis teater bernama imaan, lakonan baizura, yg masih tidak dpt melepaskan memori hitam kematian kekasihnya khalil, lakonan piere. Kehadiran watak khalil berjaya mewujudkan ’twist’ di penghujung penceritaan. Dan berjaya mengaburi mata penonton tanpa menyedari yg khalil itu hanya wujud di dlm imiginasi imaan sahaja. Lakonan sein sebagai ean, seorang mamat hensem yg cuba memikat hati imaan, nampak berjaya dgn lakonannya bersahaja & sempoinya itu. Aku amat tertarik sekali dgn bait kata di dalam puisi bertajuk sepi (seperti di atas), yg ditulis imaan, luahan kata hatinya yg amat merindui kekasihnya yg telah tiada. Cuma satu aje yg aku kurang berkenan ngan rambut wig baizura, tak match ler, nampak sgt kepalsuan nya... ni sikit sebanyak menggangu tumpuan aku pada kejelitaan baizura heheheee....

Aku amat tertarik dgn tiap bait dialog yg diucapkan oleh setiap pelakon filem sepi ini. Sungguh cantik dan sempurna pada pendengaran aku. Antara yg dpt aku ingat, dialog marya bertanyakan kpd sufi ”awak ni berlari mengejar sesuatu atau berlari meninggalkan sesuatu?”. Dan juga isi surat sufi kpd marya antaranya tertulis ”... membuatkan aku percaya yang cinta itu tidak hanya datang sekali”. Begitu juga dgn bait2 puisi karangan imaan yg berjaya disampaikan dgn begitu berkesan oleh ean ketika pementasan teater sepi.

Manakala babak yg meninggalkan sebak dan berjaya membuat mata aku sedikit berkaca (tetapi tidak mengalirkan air mata ye..), ialah babak ketika adam menunjukkan video playback di majlis persandingan adik pompuannya. Begitu juga ketika babak marya bertemu anak teruna sufi yg dtg memberitahu bapanya telah meninggal dunia 3 tahun lepas dan memintanya menyerahkan semula satu barang milik marya.

Kabir bhatia telah memberikan satu lagi hasil terbaiknya selepas berjaya dgn filem ’cinta’ dan ’love’ (cinta versi indonesia). Jalinan cerita yg sempurna, sinematografi yg cemerlang, suntingan yg kemas membuatkan kita terus dibuai perasaan sepi & cinta sehingga ke penghujung cerita. Tahniah!

Tanpa disedari, aku dan mungkin jugak korang sebenarnya pernah mengalami pengalaman seperti yg dialami oleh watak2 di dlm filem sepi ini, kerana cerita ini sememangnya sebuah kisah kehidupan yg berlaku di sekeliling kita. Sebuah filem yg wajib ditonton utk tahun ini, highly recommended.

sepi
bisikku pada bulan
kembalikan temanku
kekasihku, syurgaku

tanpa dia malam menemaniku
sepi memelukku

bulan jangan biar siang
biar alam ini kelam
biar ia sepi sepertiku

1 comment:

Mrs Peanut said...

whoahh..pengulas cite yg hebat.Beshla..dr xde feel nk gi tgk dh tetiba rsa xmnyempat nk gi tgk...