Jalan sorang2 ni rasa cam org giler pun ader… tapi best.. yg ada hanya aku & kl huhuuu… Bagi korang yg duduk kl & dah biasak ngan hiruk pikuk kl nih, mungkin rasa tak der amende yg best ngan cite pasal kl nih… tapi bagi org cam aku yg tinggal di kuantan nih, boleh dikira ngan jari aje berapa kali setahun turun kl, lain..
Di sini aku ceritakan skit (banyak sebenarnya) perjalanan & pengalaman yg aku dpt masa tuh..
31 mei 2008 – sabtu
10.00 am – Journey Kuantan – KL.
Aku mulakan kan perjalanan ke kl kali nih dgn menumpang pakcik aku pergi kerja hehehee… mintak tolong antor kat kuantan bus station. Untuk sekian kali nya, trip kali ni aku pergi naik bas. Naik bas ni dpt ler jimat belanja skit, jimat duit minyak (walaupun masa ni harga minyak tak naik lagi), jimat duit tol, parking dll. Naik bas bulan restu, bertolak pukul 10.00 pagi, tiket harga rm 17.00, bas ni best sebab seat vip... kerusi dia besor so org sehat cam aku nih boleh ler duduk ngan selesa.
Sepanjang perjalanan tak banyak buat aper2, aktiviti utama – tidor… hehee kadang2 tu bila sesekali terjaga dr tidor masa dlm perjalanan, mesti tgk org lain kat kiri kanan… heheehee musti ader yg bengang pasal aku tidor for sure berkeroh punya zzzzzzz kuat plak tuh… aku tak pernah dgr sendiri tapi org cakap ler kuikuikui….
2.00 pm – KLCC area.
Perjalanan ambik masa hampir 3 jam setengah, bas berenti kejap kat r&r gambang. Sampai kat area pekeliling bus station dah dekat pukul 2.00 ptg. Tempat pertama yg nak di tuju ialah klcc, kebetulan ada dua org member lama telefon, ajak minum2 & borak2. Ambik lrt dr pekeliling, kemudian tukar kat station masjid jamek terus ke klcc. Kitaorg lepak kat foodcourt, borak sambil makan2 ler. Tak ader mende menarik nak cite, Cuma kitaorg cerita kisah terbaru masing2, dan yg paling banyak bukak cerita lama2 hahahhaa..
Org kat klcc pergghh tak yah cite ler… sikit punya ramai, macam2 bangsa, peel, jenis… dr planet lain pun ader jugak terselit rasanya… memang terasa diri ni dah meningkat usia bila tgk budak2 muda yg melepak kat sini. Macam2 style.. hip hop, funky, rock kapak, punk, j pop, mat indon dangdut eh ah ehh ahh pun ader.
Aku terus kan perjalanan, destinasi seterusnya bukit bintang. Memang trip kali ni aku sebolehnya tak mau contact member kl, bukan nya aper… masa tak mengizinkan… kalau nak diikutkan 2 minggu kat sini pun tak abis nak jumpa bebudak tuh semua, jadik aku amik keputusan utk abih kan masa sorang2 ajer jelajah kl kali ni.
4.00 pm – Check inn at Comfort Inn, Bukit Bintang.
Aku jalan kaki sikit ke station monorail bkt nanas, then amik train ke bukit bintang station. Sampai situ aku terus jalan kaki skit ke comfort inn, kat area changkat bkt bintang… dkt jln alor. Sblm dtg kl aku dah siap2 booking hotel nih, second time check in sini, amik bilik superior, rate rm 90, plus tax dah tuh.
Bilik ada 1 katil queen size, air cond, water heater, tv ada channel hbo, star movie, espn, cnn… kira dah cukup selesa ler. Kalau nak surf internet, kat lobby area ada free wi-fi. Kira okey lah hotel comfort inn nih, kena ngan budget gua… murah, bersih, selesa, selamat, nak jalan ke area bkt bintang pun dekat giler.. highly recommended ler.
4.30 pm – Bukit Bintang area.
Lepas baring kejap & mandi, aku pun turun merayap kat area bkt bintang, perghhh sikit punya ramai org… sama ler macam kat klcc tadi. Kat sini ramai foreigners.. kebanyakan nya tourist… ada mat saleh, org arab, korean, Chinese, African campur lak ngan org kita melayu, cina, India, memang majmuk betul lah.
Aku pergi window shopping kat low yat plaza, bb plaza, sungei wang plaza, lot 10 pun aku terjah jugak. Shopping complex yg last sekali aku pegi ialah pavilion… dah pegi 2 kali sini, aritu beli j co donut… huhuuhh best giler rasanya. This time aku tak beli j co pasal tgk org beratur ptg sabtu tu sikit punya panjang… tak sanggup aku nak tunggu.
6.30 pm – Petaling Street area.
Lepas dinner kat satu kedai tomyam siam yg terselit dicelah – celah kedai2 makan cina kat jln alor, aku pun meneruskan journey ke destinasi seterus nya, petaling street. Aku amik monorail dr station bkt bintang ke station maharajalela. Kena jln kaki sikit lebih kurang 10 minit, baru ler sampai kat area cinatown nih.
Macam selalunya, dtg sini aku akan carik cd ler… biasak ler beli yg pirate ler apa lagiii… Line mlm tu tak berapa clear, tak ader yg bukak meja jual cd, tapi aku dah biasa kat sini, dah tau mana port baik…. Lastly dpt jugak, aku terus sambar 2 cd audio, Live at Philidelphia by John Legend & Here I Stand by Usher. Ramai org mlm ni kat sini, aku kalau ramai2 sgt org, aku cepat serabut… lepas dpt minum air soya bean yg tersedap kat situ, terus aku sambung jln kaki ke central market.
7.15 pm – Central Market area.
Huhhhhh memang dah banyak perubahan kat cm nih, dah lain betul. Kedai2 & gerai2 kat sini pun dah disusun ikut tema masing2. Ada malay street, china street, India street, tempat buat kraf, chop t shirt, tempat buat potret lukisan pun diorg dah letak ikut genre masing2 heheehee… paling dasat toilet dia, 50 sen.. pintu toilet tu plak pakai kayu selak pintu… macam umah org dulu2.
Aku akhirnya berjaya jumpa ricecooker shop kat annexe cm, dpt juga aku beli cd ep radiostar kat sini. Alahh radiostar, band baru pot amir ‘ex-innuendo’ tuh. Diorang popular ngan lagu ‘pada senyummu’ dan lagu favourite gua sekarang – kaseh. Puas rasanya aku, dpt jugak akhirnya sambar cd radiostar ni setelah sekian lamanya aku mencarik. Diaorg tak jual dipasaran terbuka katanya.
8.00 pm – Night market, Jln Tuanku Abd Rahman
Lepas gumbira dpt cd tuh, aku teruskan langkah (masa ni rasa cam nak tercabut dah kaki aku) ke area jln tar, jln2 kat night market kat situ. Sikit punya panjang gerai org meniaga kat sini, start dr area masjid India sampai ler kat Campbell kompleks. Kat sini org paling ramai aku tgk time kat kl nih… pelik betul aku, dah 3 – 4 tempat aku pergi semua penuh ngan org. Kat sini boleh ramai lagi org… mana tah dtg diorg ni pun aku tak tau.
Kat sini aku tengok2 ajer, tak beli aper2 pun kecuali air oren 2 gelas plastik. Tgk awek2 kat sini pun dah kenyang rasanya heheee….Masuk sogo kejap amik air cond kasi sejuk badan, lepas tu aku terus ke station monorail medan tuanku, amik train terus balik ke hotel kat bkt bintang.
11.00 pm – Bukit Bintang area
Balik bilik hotel, mandi & baring kejap sambil tgk movie kat hbo cite ‘The Guardian’ lakonan Kevin Costner & Ashton Kutcher, tetiba perut berkeroncong lah pulak. Turun bawak terus jln ke kedai mamak sebelah bb plaza, order roti tampal & Nescafe tarik buat makan supper utk mlm ni.
Kat situ adelah pulak satu band main open dpn orang ramai masa tengah makan tuh, kalau tak silap nama band diorang nih bistro band, lead dia nama samaran mamat tu cicakman. Best jugak depa ni main, kira oke ler main lagu latin, lagu rock cintan, lagu zaman 80an, dangdut & Hindustan pun depa layan… err keroncong tak kan tak dak kot? Ehh adelah, hahaa baru gua ingat… vocalist pompuan dia nyanyi lagu ‘kasih’ by hetty koes endang… kira boleh layan ler sambil makan dgr lagu cam kat hard rock café & planet hollywood ler pulak rasanya huhuuu…
Pukul 1 pagi, mata dah ngantuk, badan dah penat, kaki rasa cam nak tercabut… balik bilik… tido zzzzzz….
1 Jun 2008 – Ahad
10.00 am – Kat bilik hotel ajer.
Bangun tido, perut lapar… turun makan roti canai kedai mamak kat bawah hotel… beli surat khabor & bungkus teh tarik… naik bilik lepak baca surat khabor sambil layan movie ape tah aku pun dah lupa. Rasa malas nak ronda2 pagi nih, nak rehat kan kaki… penat semalam pun tak abih lagi, ingat nak lepak aje dlm bilik sampai time check out nanti.
1.00 pm – Check out hotel
Check out hotel pukul 1 ptg, bas balik kuantan lambat lagi, naik bas pukul 4 ptg. Perut pun dah lapar semula, pegi ke sungei wang, terus naik lift ke foodcourt…. Makan nasik campur kat kedai mamak. Kedai kat ujung yg selalu aku pergi tutup lah pulak hari ahad nih…. Kari pun karilah dah lapar aku bedal ajer. Dah kenyang aku pusing2 sungei wang ngan bb plaza, ‘just to kill the time’ kata omputih.
4.00 pm – Journey back KL - Kuantan
Pukul 3 ptg dah, aku naik monorail terus ke pekeliling. Sambil tunggu bas nak gerak pukul 4, aku lepak minum teh kat gerai berdekatan. Bas gerak jer, aku pun terus tidor…sampai ler ke kuantan pukul 7 lebih.
Hahh tu ler pengalaman aku turun kl sorang2, banyak mende menarik yg dpt aku tengok kalau berjalan tak bawak kereta ni rupanya…. Jimat pun jimat, lrt & monorail pun senang nak dpt. Ingat lepas ni boleh ler selalu aku buat trip macam nih… Kira macam lonely domestic traveler lah pulak heheheee.
Jalan sorang2 ni ader pro & contra nye lah… aku suka kepala tak serabut cam jalan2 ramai2, lepas tu boleh pegi tempat yg kita nak tanpa ada org lain bangkang. Tetapi ingat beb, kena selalu berhati – hati bila berjalan sorang2, kita tak tau apa bala akan dtg.
Yg pasti memang aku tak boleh dah bermaustatin kat kl cam dulu, 7 – 8 tahun lepas memang aku tinggal kat kl, time tu belajar kat itm, shah alam & lps tu keja kat kedai jual pinggan mangkok kat ampang point… Sekarang aku rasa cam tak tahan tengok org ramai betul… bising … jln sokmo jammed pulak tuh. Tapi aweks2 kat kl mari2 woooo…
Sampai sini saja, chow!
Sampai sini saja, chow!
No comments:
Post a Comment