Sunday, June 22, 2008
album review : 'satu' - radiostar
Album : Satu
Artist : Radiostar
Line up : Pot Amir (vocal), Mahfuz aka Apuk (gitar), Ikmal (bass), Jimmy (keyboard), Bakri (drum)
Genre : Eksperimental jazz / soul / blues / pop / rock
Album ni memang telah lama aku nantikan, bermula dengan perkenalan oleh lagu ‘pada senyummu” membuatkan aku amat teruja untuk menunggu lagi hasil nukilan dr anak2 muda berbakat ini. Aku meminati hasil seni Pot Amir semenjak zaman r&b soulnya bersama Innuendo lagi. Radiostar bagi aku amat berani utk tampil dgn musik yg bereksperimental dgn genre yg jarang menjadi pegangan band2 indie yg lain.
Kesemua anggota berbakat dan ada diantaranya telah mempunyai nama di dlm industri musik. Mereka semua memainkan peranan masing2 dgn baik utk menghasilkan bunyi & susun atur musik yg begitu jarang dimainkan oleh band2 lain.
Dicoretkan ulasan ringkas lagu2 yg terdapat di dalam album ini :
1. Pada Senyummu
Merupakan trek pengenalan yg superb, menjadi lagu latar utk filem ‘Buli’ arahan Afdlin Shauki. Lagu yg penuh dgn pengaruh jazz moden dgn susunan musik yg cantik, ditambah dgn alunan seni lagu yg dpt membuat pendengar utk menyanyi bersama tiap bait lagu ini.
2. Cinta II
Lagu slow rock yg pastinya bertemakan cinta. Sebuah trek yg boleh layan sambil dihiasi petikan gitar solo dgn feel rock yg sederhana.
3. Hanya Milik Dia
Dirakamkan secara live, berduet dgn seorang penyanyi wanita undangan bernama Ana Raffali. Lagu yg amat sempoi dan bersahaja, penuh dgn pengaruh blues.
4. Kaseh
Trek kegemaran peribadi ku. Huh memang minat giler lah ngan lagu nih. Sebuah lagu ballad yg berhantu, susah nak dijelaskan apa hantunya tu. Irama yg mendayu, ditambah dgn vocal Pot yg kedengaran amat lunak sekali mencantikkan lagi lagu ini. Terdapat element keroncong bersama bunyi gendang dan rebana menambah keunikan lagu ini. Sekali dengar aje, sudah jatuh cinta dengan ‘kaseh”. Tak percaya, dengarkanlah sendiri.
5. Satu Take 5
Lagu berbentuk akustik, sempoi sahaja bunyi yg dihasilkan. Amat sesuai dimainkan live dan dinyanyikan bersama2 dengan penyokong setia mereka.
6. Masih
Aku suka sound dan feel vocal yg diberikan oleh Pot di dalam trek ini. Lagu kedengaran agak funky ditambah permainan musik yg amat baik sekali.
7. Gulagila
Intro yg menarik. Lirik yg agak terus dan kedengaran sedikit lucu. Element reggae & ska jelas memainkan peranan utama. Sebuah lagi lagu yg dpt mengajak khalayaknya utk terus menyanyi beramai – ramai bersama mereka.
Untuk pengetahuan anda, album ini tidak terjual di major record store, mereka hanya memasarkan secara by hand dan ada juga di jual secara kecil kecilan di kedai2 yg menjual product2 indie yg mengambil bahagian heheheee.
Secara kesuluruhannya, sebuah album yg menarik utk didengar. Creativity & keberanian yg ditonjolkan meraka harus diberikan pujian. Ulasan yg diberikan hanya berdasarkan pandangan aku tanpa ada apa2 prejudis…. Dgn pengetahuan yg agak cetek mengenai musik, mungkin ada yg tidak setuju dgn ulasan ini. Tapi kata org lain padang lain belalangnya. Musik utk semua, peace.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
hi,
any idea where i can get my hand on a copy of this album?
-AeM-
hi,
sorry for late reply .. now their new ep call 'dua' is out in for sale.. the easiest place to buy their album is at 'super sunday shop' bkt bintang manorail..
anyway thanx kerana singgah kat blog saya nih..
Post a Comment