Saturday, July 12, 2008

aku, penang & buah pala

Seperti yg dijanjikan hari tu, sedikit coretan perjalanan aku tulis ketika aku outstation ke pulau pinang pada 3 – 7 julai lepas, sempena matta fair penang yg telah diadakan di penang international sports arena (pisa) 4 – 6 julai.

3 julai 2008 – khamis

Aku memulakan perjalanan dr kuantan ke penang yg sejauh lebih kurang 640 km bermula pukul 6.30 pagi. Huhh.. hari ini satu rekod peribadi akan aku cuba lakukan iaitu memandu kereta secara berseorangan paling jauh dan paling lama (dgn secara berhenti – henti sekejap) yg pernah aku buat.

Sinopsis perjalanan kuantan – penang : dr kuantan aku ikut east cost highway sampai ke karak, kemudian terus sambung highway karak – kl, sampai kat genting sempah aku belok masuk jalan ke genting highland. Sampai kat area goh tong jaya, aku ambil jalan ke batang kali, kemudian terus ke tanjung malim. Kemudian aku masuk ke north – south highway dari tanjung malim, dan terus sampai lah lalu jambatan pulau pinang yg start dr area prai sampai ler ke pulau pinang. Huuh dasat jugak road trip kali nih.

Perjalanan kuantan ke penang ni aku amik masa 7 jam lebih. Ni termasuklah 4 kali aku berhenti rehat kat gambang (berhenti breakfast), genting sempah (pergi toilet), tapah (lunch time) & taiping (ngantuk ler.. aku tido kejap kat situ). Drive sorang ni bagi yg tak biasa memang ler boring yg teramat, tapi aku ok ajer. Sambil nak hilang boring tu, aku berkaraokelah bersama lagu2 yg diputarkan dlm cd player ku. Yg tak best nye, aku tak dpt nak menikmati sepenuhnya panorama & pemandangan cantik sepanjang perjalanan ni, pasal kena konsentret lebih masa driving.

Aku sampai kat area jambatan p pinang, pukul 2.30 ptg. Masa lalu kat atas jambatan tu, perghh sikit punya teruja… bawak kereta lintas laut tuhh… panjang pulak tuh. Kemudian (tanpa sesat & salah jalan) aku terus check in kat hotel seri malaysia penang kat area bayan baru. Hotel ni dekat aje ngan pisa, tempat matta exhibition tu diadakan, 5 minit ajer kalau drive. Hotel ni ada free wi-fi, tapi kat bilik aku tuh signal dia cuma dapat kat luar bilik ajer… dlm bilik ada setelit channel, dpt ler tgk channel espn, cinemax , astro ria…

Lepas check in, aku lepak berehat dlm bilik. Pukul 6.30 ptg, aku bersiap ke pisa, nak pergi set up booth kat sana. Resort tempat aku kerja ni, join sekali ngan booth bawah pahang tourism… adalah sekali ngan geng2 travel agent dr taman negara, pine resort fraser hill, strawberry park cameron highland & residence inn cherating.

Lepas siap2 set up booth tuh aku pun telefon ler satu2nya member aku yg ader kat penang nih, syelly namanya. Dia kerja ngan tourism malaysia penang chapter, opis dia kat komtar. Kira minah ni one of the bosses kat situ ler, kitaorg sama2 belajar kat itm shah alam dulu… amik diploma in tourism mgmt tahun 96 – 99. So mlm ni dia jadik aku punya tour guide ler… bawak aku jalan2 pusing penang.

Pukul 9.00 mlm, aku pun gerak amik dia kat umah… terus dia pandu arah kpd aku… kitaorg pegi gurney drive. Kitaorg dinner kat food court situ, aku makan char kueh teow (pergghh best giler..) & minum air tebu freshhh. Perut dah kenyang, kitaorg gerak pulak ke destinasi kegemaran aku pada trip kali ini… batu feringgi. Kat sana tiap2 mlm ada pasar mlm… night market ni sepanjang jln kat depan area hotel kat situ. Tarikan utama pada aku kat situ ialh gerai2 yg menjual dvd & audio cd (pirate!) hahahaaa… murah giler beb! rm4.00 aje satu perghh.. inilah tempat paling murah kat malaysia yg jual dvd2 pirate nih. Setelah habis membeli (tak abis beli lagi sebenarnya… tapi diaorg dah nak tutup.. pukul 12tgh mlm dah) kami pun pulang dgn hati yg girang yeyeee…

4 julai 2008 – jumaat

Bangun, pegi breakfast kat coffee house pukul 9.00 pagi. Matta fair start pun pukul 5.00 ptg… jadi aktiviti utama tidor.. zzzzz. Ptg tu sampai ler dekat pukul 9 mlm aku kat matta fair penang di pisa. Org kira ramai lah jugak yg dtg usher tgk2 pakej pelancongan yg ditawarkan kat sini… tapi kebanyakkannya suka pegi ke outbound section, iaitu beli pakej2 international… melancong ke luar negara. Pelik jugak, time2 gawat ni diaorg lebih suka mengabiskan duit kat oversea lah pulak.

Kebetulan masa kat matta fair hari tuh, aku terjumpa ngan member satu class ngan aku & syelly masa kat itm dulu.. sharon namanya… dr kota kinabalu.. dia dtg ngan 2 org opis mate dia (corina & emily) dr kk… dtg jual pakej utk travel agent tempat dia kerja kat sana.

Aku yg sememangnya tak puas shopping dvd semalam, terus aje mengajak diaorg ikut aku pergi shopping lagi kat bt feringgi night market malam tuh. Kira hari ni aku pulak ler jadik tour guide kat bebudak sabah tuh.. Best jugak lepak ngan diaorg nih.. kepala masing2 sempoi giler… dan macam2 jugak ler perkataan baru yg tak pernah aku dengar dpt aku pelajari mlm tuh… Contoh nya sisip (maknanya cilok) huhuhuuu…

Masa kitaorg tgh makan malam kat gerai lepas abis ajer shopping kat bt feringgi mlm tuh, kitaorg terserempak ngan zizan. Alah mamat raja lawak yg sekarang tgh popular ngan game show ‘bolos’ kat astro ria tuh. Yg si corina ni boleh pulak dia mengajuk aksi si zizan nih… ‘bersedia atau tidak.. bolos saja lubang ituuuuu..’.. heheheee…. Dah penat balik ke hotel…tido.

5 julai 2008 – sabtu

Hari kedua kat matta fair penang, tak ader ape yg menarik utk diceritakanlah… aku cuma sibuk mengedarkan flyer sambil cuba menjual ubat… utk jual pakej yg aku promote time tuh…Kalau boring2 aku pun buat2 ler lawak ngan member satu booth ngan aku tuh.. gelak2 kan org yg lalu lalang… huhh disturbed person betol lah aku nih.

Mlm tuh si syelly free, lalu dia pun mengajak ler kitaorg (aku, sharon & corina) keluar jln2 mlm tuh melihat kehidupan kota penang ketika saturday nite. Mlm tuh syelly belanja kitaorg dinner kat chinese foodfourt di padang kota lama aka tmn esplanade. Kitaorg makan char koew tiow (pergghh yg ni lagi sedap dari yg kat gurney drive itu hari) dan jugak udang goreng tepung & lala masak aper tah aku pun tak ingat tapi rasanya best giler.

Lepas makan kitaorg cuma pusing2 bandar georgetown… tgk org penang pegi happening mlm minggu kat area upper penang road, kat situ banyak ler tempat2 clubbing yg memenuhi citarasa remaja kini…kuikuikuiiii. Penat pusing2 pulau, balik bilik, tido.

6 julai 2008 – ahad

Last day matta fair penang, aktiviti macam biasak ler… kasik flyer kat org ramai sambil memberi sikit info pasal resort tempat gua kerje nih… ramai lah jugak yg interested nak dtg… tapi biasa lah… faktor jarak yg buat ramai boring tuh… drive kereta ajer 7 jam baru sampai… tapi boleh naik flight…. Firefly skrang ada direct flight everyday penang – kuantan.

Mlm tuh aku kemas tutup booth kat pukul 8.30 mlm, then terus aku ajak bebudak sabah tu pergi last shopping kat batu feringgi… Diaorg kata ok jer… lepas siap mandi, kami pun gerak ler ke batu feringgi (masuk ni 3 kali ler aku pergi bt feringgi dlm masa 4 mlm nih).

Sampai kat sana, aku pesan kat budak2 nih jgn kacau, aku nak shopping dvd habis habisan mlm nih… pergi ler mana2 pun korang nak pergi… kalau nak balik ajer baru carik aku. Maka bermulalah mission malam terakhir kat penang ni utk memborong dvd. Utk 3 malam aku kat bt feringgi nih… aku kira adalah 25 bijik dvd & cd audio pirate yg aku beli… huhuuu habis duit aku… takpe janji aku puassss….

7 julai 2008 – isnin

Hari terakhir kat penang, bangun awal sikit pagi tuh pukul 7 pagi… bebudak sabah tuh nak mintak aku tolong antor kan diaorg ke jetty… hari nih diaorg nak pergi jln2 ke langkawi… balik hari jer, coz flight balik ke kk hari selasa.

Lepas check out, aku telefon syelly mintak dia temankan aku pegi cari buah pala utk dijadikan ole – ole bawak balik ke kuantan nanti. Amik syelly kat bawah komtar, kemudian terus kitaorg ke pasar chowrasta, penang road. Kat situ ler boleh dpt banyak jual buah pala dan bermacam2 jenis asam. Lepas beli belah kat chowrasta, kami pun berjalan sikit pegi minum cendol yg famous kat penang nih… tempat dia kat satu lorong area penang road. Mmmm memang best ler cendol tuh…

Lepas makan cendol, aku pun hantar syelly kat komtar, then aku meneruskan lah perjalanan balik aku ke kuantan ptg tu jugak, kira2 pukul 2 lebih. Perjalanan balik sama lah jugak macam journey dtg ke penang tempoh hari… Aku berhenti kat 3 tempat rehat… masa berhenti kat taiping, aku tido dlm kereta.. dekat 1 jam jugak ler aku tido.. ngantuk wooo… bahaya kalau drive.

Aku selamat sampai kat kuantan kira2 pukul 11 malam.

Itulah serba sikit coretan masa aku ke penang tempoh hari, harap2 korang tak boring ler baca yek.

Chow!

1 comment:

Mrs Peanut said...

Soed btul bos nieh,borong cd smpai 25 naskah(eh naskah ke keping..hahah).Best kan jln2 kt feringgi tu.(da pegi so bleh la imagine)huhuhuhu