Monday, November 10, 2008

album review : 'evolver' - john legend

Album : Evolver
Artist : John Legend

Evolver merupakan album ketiga John Legend selepas Get Lifted dan Once Again. Album ini berjaya meneruskan legasi muzik John Legend yang terkenal dengan kelunakan vocal dan melodi yang soulful.

Single perkenalan album ini, ‘green light’, beliau berkalaborasi dengan Andre 3000 dari hip hop group Outkast memperlihatkan percubaan John Legend untuk menembusi pentas tari di kelab – kelab hiburan.

John Legend goes to club? Yes! Kerana selain 1st singlenya ini, terdapat beberapa dance track yang diadun dengan bunyi dram & bass, seperti street soul-swing track ‘it’s over’ kalaborasi dengan mentornya, Kanye West dan reggae mood track ‘no other love’ kalaborasi bersama Estelle.

Kalaborasinya bersama Brandy, dalam track ‘quickly’ amat menarik. Tidak lupa juga track piano ballad yang telah menjadi trademarknya, antara yang track paling mempersonakan ialah ‘i love, you love’ dan ‘this time’.

Evolver memperlihatkan kematangan persembahan muzik dan vocal John Legend dalam perjalanan kariernya untuk menjadi seorang legenda muzik tersohor suatu hari nanti. Itu pasti!

My personal favorite song in this album:
i love you love, this time, green light, good morning

My favorite John Legend’s song from his previous album:
ordinary people, used to love u, where did my baby go, let’s get lifted


album review : 'love & life' - eric benet

Album : Love & Life
Artist : Eric Benet

Eric Benet, pemilik vocal mantap dan juga falsetto voice yang merdu ini, kembali dengan album r&b dengan sedikit adunan jazz. Sudah pastinya ballad track yang menjadi trademarknya, menjadi pertaruhan untuk album ini.

1st singlenya ‘you’re the only one’, sudah cukup kuat untuk menarik minat khalayak menyedari comebacknya kali ini. Antara love track lain yang sedap untuk didengar ialah track kalaborasinya bersama Terry Dexter ‘everlove’, latin mood track ‘spanish fly’, ‘one more tomorrow’ dan juga ‘sing to me’

Track rancaknya juga tidak menghampakan, dengarkan track duetnya bersama Linda Kiraly ‘iminluvwichoo’ dan ‘weekend girl’ pasti membuatkan anda bergoyang bersama irama r&b rancak Eric Benet ini.

Penghasilan album ini sebenarnya amat memeranjatkan saya, this album actually melebihi expectation saya, album yang menarik… terutama love song di dalam album ini yang pasti membuatkan ramai yang akan mendengarnya berulang - ulang kali.

Nice to see ex-hubby Halle Berry ni, back to life and make a great r&b music again!

My personal favorite song in this album:
you’re the only one, one more tomorrow, everlove, spanish fly

My favorite Eric Benet’s song from his previous album:
cracks of my broken heart, man enough to cry, pretty baby, spent my life with you (ft tamia)

album review : 'the block' - new kids on the block

Album : The Block
Artist : New Kids On The Block

Joey, Jordan, Jonathan, Danny and Donnie are back! Pencetus fenomena boyband dunia telah kembali, tanpa sebarang rumors terdengar, reunion mereka ini memang tidak saya jangkakan.

NKOTB yang hampir 15 tahun tanpa album baru, akhirnya bersatu untuk peminat – peminat mereka, dan amat mengejutkan NKOTB berjaya menghasilkan pembaharuan muzik dengan adunan masa kini dan tidak melupakan bunyi NKOTB yang telah wujud semenjak akhir 1990 an lagi.

Sebagai seorang yang membesar dengan lagu - lagu klasik mereka, saya secara peribadi amat teruja dengan album ini. Dimulakan pengenalan single pertama ‘summertime’, diikuti dengan single kedua yang bergandingan hebat bersama Ne Yo ‘single’, memulakan momentum hebat album ini. Kalaborasi bersama barisan artis terbaik masakini The Pussycat Dolls & Teddy Riley di dalam track ‘grown man’ dan Akon dengan ‘put it on my tab’ merupakan strategi terbaik untuk menarik peminat – peminat baru.

Bagi yang meminati muzik r&b, antara track yang pasti menambat hati anda pula ialah ‘2 in the morning’ dan ‘sexify my love’ yang juga my personal favorite. Track slow ballad yang menonjol dalam album ini ialah ‘stare at you’.

Kini NKOTB diberitakan telah memulakan road tour di US untuk menghiburkan peminat mereka. Yang pastinya, kemunculan semula mereka amat dinantikan oleh die hard fan NKOTB (termasuk saya).

NKOTB rules!

My personal favorite song in this album:
2 in the morning, sexify my love, put it on my tab (ft akon), single (ft ne yo)

My favorite NKOTB’s song from their previous album:
i’ll be loving you (forever), tonight, my favorite girl, if you go away