Monday, June 30, 2008

my playlist, 16 - 30 june 2008

malay song
1. paparazzi - infinatez
2. jangan berhenti - ruffedge
3. seribu kenangan - didi cazli
4. malu - imran ajmain ft cheryl samad
5. betapa aku cinta padamu - afgan

english song
1. you got me - altimet ft mizz nina
2. address me - james baum
3. lollipop - lil wayne ft kanye west
4. feel so good - emceedavid ft joe flizzow
5. whoopsie - sayla ft dina

matta fair penang 4 – 6 july 2008


Dear all,
Pada 4 – 6 july ni aku terlibat dlm sales activity di matta fair penang. Macam biasak ler, aku akan bukak booth utk resort tempat aku kerja, De Rhu Beach Resort Kuantan. Kitaorg punya booth join sekali di bawah Tourism Pahang.

Antara pakej yg dijual ialah:
i. hotel stay voucher for one night, inclusive of daily breakfast for two persons, RM 100.00 nett only.
ii. 2 days / 1 night package, inclusive daily breakfast & 1 x steamboat dinner for two persons, RM 138.00 nett only.
iii. 3 days / 2 nights package, inclusive daily breakfast & 1 x steamboat dinner for two persons, RM 238.00 nett only.

Kalau korang kebetulan ada pulak kat penang time tuh atau ada sedara mara atau kenalan kat sana, sila2 lah beri sokongan kat aku (beli voucher lah maksudnya). Matta fair penang akan berlangsung di Penang International Sports Arena (PISA) kat area Bayan Baru, 4 – 6 july. Dari pukul 11.00 am sampai 9.30 pm.

Kalau korang nak tgk macam ner rupanya resort ni, boleh ler layari web nih :
www.derhu.com.my

Lepas aku balik dr penang nanti, akan ku coretkan sikit pengalaman aku kat sana nanti. Adios, chow!




Sunday, June 29, 2008

film review : ‘sepi’ by kabir bhatia


filem : sepi
pengarah : kabir bhatia
pelakon : afdlin shauki, vanida imran, nasha aziz, tony eusoff, eja, riezman khuzaimi, baizura kahar, syed hussein, pierre andre
genre : drama / romantik

Memulakan ulasan aku mengenai filem sepi, akhirnya filem yg paling ditunggu tahun ini dpt juga aku tontoni pada 27 jun lepas. Aku pergi nonton sorang aje, bukan apa, tengok sorang ni dpt ler feel lebih sikit. Feel the soul kata omputih. Time sedih & sebak tu bolehlah layan leleh sorang, huhuhuuuu…

Sepi dimulakan dgn pertembungan tiga watak utama dlm cerita masing2 menjadi penggerak utama filem ini. Kemudian setiap penceritaan dikembangkan satu persatu mengikut isu masing2.

Satu idea kreatif yg amat jarang sekali digunakan dan tahniah kpd penulis skrip mira & ara, yg berjaya membuat kita utk cuba memahami & merasai erti kesepian, cinta & perpisahan dlm watak2 filem ini. Sinematografinya yg cemerlang, cantik mewarnai lagi mood filem ini utk membuatkan kita benar2 dpt merasai erti kesepian dan memahami ketulusan cinta.

Sinopsis filem ini,
Cerita ‘kesepian’ pertama mengenai sorang pastry chef bernama adam, yg kesepian, Lakonan terbaik yg ditonjolkan oleh afdlin, watak yg amat sesuai dgn karektor selamba kodoknya. Walaupun sorang yg ceria & lucu, tetapi dia masih tercari2 soulmate sampai matinya. Dia amat tertarik dgn sorang aweks wedding planner, yg selalu menyelitkan bunga camelia di rambutnya. Kecantikan & kelembutan vanida, melengkapkan karektor gadis impian si kodok itu. Di masa yg sama, chef kodok ini amat digilai oleh seorang wanita cantik tetapi kecoh dan amat terlebih peramah yg dilakonkan oleh nasha aziz.

Cerita ’kesepian’ kedua mengisahkan sorang taukeh kilang kasut cap roadrunner, yg cuba lari dari kenangan silam kematian isterinya. Tony yg memeran watak sufi, bakatnya amat jarang sekali kita saksikan dilayar lebar ternyata berjaya memberikan nyawa terhadap watak yg dihantui rasa bersalah di atas kematian org tersayang. Dia dipertemukan dgn seorang isteri kesunyian bernama marya, yg ditangani dgn amat baik oleh eja, membuatkan taukeh kasut ini mempercayai cinta tidak datang hanya sekali. Dan cinta suci mereka ini bertahan sehingga ke akhir hayat.

Cerita ’kesepian’ yg terakhir, berkisar kpd seorang pelajar yg juga penulis teater bernama imaan, lakonan baizura, yg masih tidak dpt melepaskan memori hitam kematian kekasihnya khalil, lakonan piere. Kehadiran watak khalil berjaya mewujudkan ’twist’ di penghujung penceritaan. Dan berjaya mengaburi mata penonton tanpa menyedari yg khalil itu hanya wujud di dlm imiginasi imaan sahaja. Lakonan sein sebagai ean, seorang mamat hensem yg cuba memikat hati imaan, nampak berjaya dgn lakonannya bersahaja & sempoinya itu. Aku amat tertarik sekali dgn bait kata di dalam puisi bertajuk sepi (seperti di atas), yg ditulis imaan, luahan kata hatinya yg amat merindui kekasihnya yg telah tiada. Cuma satu aje yg aku kurang berkenan ngan rambut wig baizura, tak match ler, nampak sgt kepalsuan nya... ni sikit sebanyak menggangu tumpuan aku pada kejelitaan baizura heheheee....

Aku amat tertarik dgn tiap bait dialog yg diucapkan oleh setiap pelakon filem sepi ini. Sungguh cantik dan sempurna pada pendengaran aku. Antara yg dpt aku ingat, dialog marya bertanyakan kpd sufi ”awak ni berlari mengejar sesuatu atau berlari meninggalkan sesuatu?”. Dan juga isi surat sufi kpd marya antaranya tertulis ”... membuatkan aku percaya yang cinta itu tidak hanya datang sekali”. Begitu juga dgn bait2 puisi karangan imaan yg berjaya disampaikan dgn begitu berkesan oleh ean ketika pementasan teater sepi.

Manakala babak yg meninggalkan sebak dan berjaya membuat mata aku sedikit berkaca (tetapi tidak mengalirkan air mata ye..), ialah babak ketika adam menunjukkan video playback di majlis persandingan adik pompuannya. Begitu juga ketika babak marya bertemu anak teruna sufi yg dtg memberitahu bapanya telah meninggal dunia 3 tahun lepas dan memintanya menyerahkan semula satu barang milik marya.

Kabir bhatia telah memberikan satu lagi hasil terbaiknya selepas berjaya dgn filem ’cinta’ dan ’love’ (cinta versi indonesia). Jalinan cerita yg sempurna, sinematografi yg cemerlang, suntingan yg kemas membuatkan kita terus dibuai perasaan sepi & cinta sehingga ke penghujung cerita. Tahniah!

Tanpa disedari, aku dan mungkin jugak korang sebenarnya pernah mengalami pengalaman seperti yg dialami oleh watak2 di dlm filem sepi ini, kerana cerita ini sememangnya sebuah kisah kehidupan yg berlaku di sekeliling kita. Sebuah filem yg wajib ditonton utk tahun ini, highly recommended.

sepi
bisikku pada bulan
kembalikan temanku
kekasihku, syurgaku

tanpa dia malam menemaniku
sepi memelukku

bulan jangan biar siang
biar alam ini kelam
biar ia sepi sepertiku

Monday, June 23, 2008

my playlist, 1 – 15 june 2008

malay song
1. aku bukan untukmu – zaf & lah
2. kaseh – radiostar
3. hanya kau yang mampu – aizat
4. kau ada dia – the lima
5. khabarkan – luscious

english song
1. what’s a man to do - usher
2. those days – shaggy ft ni’sha
3. used to love you ‘live’ – john legend
4. bye bye – mariah carey

5. mercy – duffy

Sunday, June 22, 2008

alone in kuala lumpur

Salam, aku turun ke kl baru2 nih pada 31 mei – 1 jun. Trip ke kl kali ni special skit, aku menjadi lone traveler.. sorang2 ajer jalan2 pusing kl…. Kebiasaan nyer aku dtg kl nih ngan member2 atau pun ngan family.. & kalau dtg pun mesti ader sebab cam kenduri ker.. ader majlis kawin ker.. atau pun reunion..

Jalan sorang2 ni rasa cam org giler pun ader… tapi best.. yg ada hanya aku & kl huhuuu… Bagi korang yg duduk kl & dah biasak ngan hiruk pikuk kl nih, mungkin rasa tak der amende yg best ngan cite pasal kl nih… tapi bagi org cam aku yg tinggal di kuantan nih, boleh dikira ngan jari aje berapa kali setahun turun kl, lain..

Di sini aku ceritakan skit (banyak sebenarnya) perjalanan & pengalaman yg aku dpt masa tuh..

31 mei 2008 – sabtu

10.00 am – Journey Kuantan – KL.
Aku mulakan kan perjalanan ke kl kali nih dgn menumpang pakcik aku pergi kerja hehehee… mintak tolong antor kat kuantan bus station. Untuk sekian kali nya, trip kali ni aku pergi naik bas. Naik bas ni dpt ler jimat belanja skit, jimat duit minyak (walaupun masa ni harga minyak tak naik lagi), jimat duit tol, parking dll. Naik bas bulan restu, bertolak pukul 10.00 pagi, tiket harga rm 17.00, bas ni best sebab seat vip... kerusi dia besor so org sehat cam aku nih boleh ler duduk ngan selesa.

Sepanjang perjalanan tak banyak buat aper2, aktiviti utama – tidor… hehee kadang2 tu bila sesekali terjaga dr tidor masa dlm perjalanan, mesti tgk org lain kat kiri kanan… heheehee musti ader yg bengang pasal aku tidor for sure berkeroh punya zzzzzzz kuat plak tuh… aku tak pernah dgr sendiri tapi org cakap ler kuikuikui….

2.00 pm – KLCC area.
Perjalanan ambik masa hampir 3 jam setengah, bas berenti kejap kat r&r gambang. Sampai kat area pekeliling bus station dah dekat pukul 2.00 ptg. Tempat pertama yg nak di tuju ialah klcc, kebetulan ada dua org member lama telefon, ajak minum2 & borak2. Ambik lrt dr pekeliling, kemudian tukar kat station masjid jamek terus ke klcc. Kitaorg lepak kat foodcourt, borak sambil makan2 ler. Tak ader mende menarik nak cite, Cuma kitaorg cerita kisah terbaru masing2, dan yg paling banyak bukak cerita lama2 hahahhaa..

Org kat klcc pergghh tak yah cite ler… sikit punya ramai, macam2 bangsa, peel, jenis… dr planet lain pun ader jugak terselit rasanya… memang terasa diri ni dah meningkat usia bila tgk budak2 muda yg melepak kat sini. Macam2 style.. hip hop, funky, rock kapak, punk, j pop, mat indon dangdut eh ah ehh ahh pun ader.

Aku terus kan perjalanan, destinasi seterusnya bukit bintang. Memang trip kali ni aku sebolehnya tak mau contact member kl, bukan nya aper… masa tak mengizinkan… kalau nak diikutkan 2 minggu kat sini pun tak abis nak jumpa bebudak tuh semua, jadik aku amik keputusan utk abih kan masa sorang2 ajer jelajah kl kali ni.

4.00 pm – Check inn at Comfort Inn, Bukit Bintang.
Aku jalan kaki sikit ke station monorail bkt nanas, then amik train ke bukit bintang station. Sampai situ aku terus jalan kaki skit ke comfort inn, kat area changkat bkt bintang… dkt jln alor. Sblm dtg kl aku dah siap2 booking hotel nih, second time check in sini, amik bilik superior, rate rm 90, plus tax dah tuh.

Bilik ada 1 katil queen size, air cond, water heater, tv ada channel hbo, star movie, espn, cnn… kira dah cukup selesa ler. Kalau nak surf internet, kat lobby area ada free wi-fi. Kira okey lah hotel comfort inn nih, kena ngan budget gua… murah, bersih, selesa, selamat, nak jalan ke area bkt bintang pun dekat giler.. highly recommended ler.

4.30 pm – Bukit Bintang area.
Lepas baring kejap & mandi, aku pun turun merayap kat area bkt bintang, perghhh sikit punya ramai org… sama ler macam kat klcc tadi. Kat sini ramai foreigners.. kebanyakan nya tourist… ada mat saleh, org arab, korean, Chinese, African campur lak ngan org kita melayu, cina, India, memang majmuk betul lah.

Aku pergi window shopping kat low yat plaza, bb plaza, sungei wang plaza, lot 10 pun aku terjah jugak. Shopping complex yg last sekali aku pegi ialah pavilion… dah pegi 2 kali sini, aritu beli j co donut… huhuuhh best giler rasanya. This time aku tak beli j co pasal tgk org beratur ptg sabtu tu sikit punya panjang… tak sanggup aku nak tunggu.

6.30 pm – Petaling Street area.
Lepas dinner kat satu kedai tomyam siam yg terselit dicelah – celah kedai2 makan cina kat jln alor, aku pun meneruskan journey ke destinasi seterus nya, petaling street. Aku amik monorail dr station bkt bintang ke station maharajalela. Kena jln kaki sikit lebih kurang 10 minit, baru ler sampai kat area cinatown nih.

Macam selalunya, dtg sini aku akan carik cd ler… biasak ler beli yg pirate ler apa lagiii… Line mlm tu tak berapa clear, tak ader yg bukak meja jual cd, tapi aku dah biasa kat sini, dah tau mana port baik…. Lastly dpt jugak, aku terus sambar 2 cd audio, Live at Philidelphia by John Legend & Here I Stand by Usher. Ramai org mlm ni kat sini, aku kalau ramai2 sgt org, aku cepat serabut… lepas dpt minum air soya bean yg tersedap kat situ, terus aku sambung jln kaki ke central market.

7.15 pm – Central Market area.
Huhhhhh memang dah banyak perubahan kat cm nih, dah lain betul. Kedai2 & gerai2 kat sini pun dah disusun ikut tema masing2. Ada malay street, china street, India street, tempat buat kraf, chop t shirt, tempat buat potret lukisan pun diorg dah letak ikut genre masing2 heheehee… paling dasat toilet dia, 50 sen.. pintu toilet tu plak pakai kayu selak pintu… macam umah org dulu2.

Aku akhirnya berjaya jumpa ricecooker shop kat annexe cm, dpt juga aku beli cd ep radiostar kat sini. Alahh radiostar, band baru pot amir ‘ex-innuendo’ tuh. Diorang popular ngan lagu ‘pada senyummu’ dan lagu favourite gua sekarang – kaseh. Puas rasanya aku, dpt jugak akhirnya sambar cd radiostar ni setelah sekian lamanya aku mencarik. Diaorg tak jual dipasaran terbuka katanya.

8.00 pm – Night market, Jln Tuanku Abd Rahman
Lepas gumbira dpt cd tuh, aku teruskan langkah (masa ni rasa cam nak tercabut dah kaki aku) ke area jln tar, jln2 kat night market kat situ. Sikit punya panjang gerai org meniaga kat sini, start dr area masjid India sampai ler kat Campbell kompleks. Kat sini org paling ramai aku tgk time kat kl nih… pelik betul aku, dah 3 – 4 tempat aku pergi semua penuh ngan org. Kat sini boleh ramai lagi org… mana tah dtg diorg ni pun aku tak tau.

Kat sini aku tengok2 ajer, tak beli aper2 pun kecuali air oren 2 gelas plastik. Tgk awek2 kat sini pun dah kenyang rasanya heheee….Masuk sogo kejap amik air cond kasi sejuk badan, lepas tu aku terus ke station monorail medan tuanku, amik train terus balik ke hotel kat bkt bintang.

11.00 pm – Bukit Bintang area
Balik bilik hotel, mandi & baring kejap sambil tgk movie kat hbo cite ‘The Guardian’ lakonan Kevin Costner & Ashton Kutcher, tetiba perut berkeroncong lah pulak. Turun bawak terus jln ke kedai mamak sebelah bb plaza, order roti tampal & Nescafe tarik buat makan supper utk mlm ni.

Kat situ adelah pulak satu band main open dpn orang ramai masa tengah makan tuh, kalau tak silap nama band diorang nih bistro band, lead dia nama samaran mamat tu cicakman. Best jugak depa ni main, kira oke ler main lagu latin, lagu rock cintan, lagu zaman 80an, dangdut & Hindustan pun depa layan… err keroncong tak kan tak dak kot? Ehh adelah, hahaa baru gua ingat… vocalist pompuan dia nyanyi lagu ‘kasih’ by hetty koes endang… kira boleh layan ler sambil makan dgr lagu cam kat hard rock cafĂ© & planet hollywood ler pulak rasanya huhuuu…
Pukul 1 pagi, mata dah ngantuk, badan dah penat, kaki rasa cam nak tercabut… balik bilik… tido zzzzzz….

1 Jun 2008 – Ahad

10.00 am – Kat bilik hotel ajer.
Bangun tido, perut lapar… turun makan roti canai kedai mamak kat bawah hotel… beli surat khabor & bungkus teh tarik… naik bilik lepak baca surat khabor sambil layan movie ape tah aku pun dah lupa. Rasa malas nak ronda2 pagi nih, nak rehat kan kaki… penat semalam pun tak abih lagi, ingat nak lepak aje dlm bilik sampai time check out nanti.

1.00 pm – Check out hotel
Check out hotel pukul 1 ptg, bas balik kuantan lambat lagi, naik bas pukul 4 ptg. Perut pun dah lapar semula, pegi ke sungei wang, terus naik lift ke foodcourt…. Makan nasik campur kat kedai mamak. Kedai kat ujung yg selalu aku pergi tutup lah pulak hari ahad nih…. Kari pun karilah dah lapar aku bedal ajer. Dah kenyang aku pusing2 sungei wang ngan bb plaza, ‘just to kill the time’ kata omputih.

4.00 pm – Journey back KL - Kuantan
Pukul 3 ptg dah, aku naik monorail terus ke pekeliling. Sambil tunggu bas nak gerak pukul 4, aku lepak minum teh kat gerai berdekatan. Bas gerak jer, aku pun terus tidor…sampai ler ke kuantan pukul 7 lebih.

Hahh tu ler pengalaman aku turun kl sorang2, banyak mende menarik yg dpt aku tengok kalau berjalan tak bawak kereta ni rupanya…. Jimat pun jimat, lrt & monorail pun senang nak dpt. Ingat lepas ni boleh ler selalu aku buat trip macam nih… Kira macam lonely domestic traveler lah pulak heheheee.

Jalan sorang2 ni ader pro & contra nye lah… aku suka kepala tak serabut cam jalan2 ramai2, lepas tu boleh pegi tempat yg kita nak tanpa ada org lain bangkang. Tetapi ingat beb, kena selalu berhati – hati bila berjalan sorang2, kita tak tau apa bala akan dtg.

Yg pasti memang aku tak boleh dah bermaustatin kat kl cam dulu, 7 – 8 tahun lepas memang aku tinggal kat kl, time tu belajar kat itm, shah alam & lps tu keja kat kedai jual pinggan mangkok kat ampang point… Sekarang aku rasa cam tak tahan tengok org ramai betul… bising … jln sokmo jammed pulak tuh. Tapi aweks2 kat kl mari2 woooo…

Sampai sini saja, chow!




album review : 'satu' - radiostar



Album : Satu
Artist : Radiostar
Line up : Pot Amir (vocal), Mahfuz aka Apuk (gitar), Ikmal (bass), Jimmy (keyboard), Bakri (drum)
Genre : Eksperimental jazz / soul / blues / pop / rock

Album ni memang telah lama aku nantikan, bermula dengan perkenalan oleh lagu ‘pada senyummu” membuatkan aku amat teruja untuk menunggu lagi hasil nukilan dr anak2 muda berbakat ini. Aku meminati hasil seni Pot Amir semenjak zaman r&b soulnya bersama Innuendo lagi. Radiostar bagi aku amat berani utk tampil dgn musik yg bereksperimental dgn genre yg jarang menjadi pegangan band2 indie yg lain.
Kesemua anggota berbakat dan ada diantaranya telah mempunyai nama di dlm industri musik. Mereka semua memainkan peranan masing2 dgn baik utk menghasilkan bunyi & susun atur musik yg begitu jarang dimainkan oleh band2 lain.

Dicoretkan ulasan ringkas lagu2 yg terdapat di dalam album ini :

1. Pada Senyummu
Merupakan trek pengenalan yg superb, menjadi lagu latar utk filem ‘Buli’ arahan Afdlin Shauki. Lagu yg penuh dgn pengaruh jazz moden dgn susunan musik yg cantik, ditambah dgn alunan seni lagu yg dpt membuat pendengar utk menyanyi bersama tiap bait lagu ini.

2. Cinta II
Lagu slow rock yg pastinya bertemakan cinta. Sebuah trek yg boleh layan sambil dihiasi petikan gitar solo dgn feel rock yg sederhana.

3. Hanya Milik Dia
Dirakamkan secara live, berduet dgn seorang penyanyi wanita undangan bernama Ana Raffali. Lagu yg amat sempoi dan bersahaja, penuh dgn pengaruh blues.

4. Kaseh
Trek kegemaran peribadi ku. Huh memang minat giler lah ngan lagu nih. Sebuah lagu ballad yg berhantu, susah nak dijelaskan apa hantunya tu. Irama yg mendayu, ditambah dgn vocal Pot yg kedengaran amat lunak sekali mencantikkan lagi lagu ini. Terdapat element keroncong bersama bunyi gendang dan rebana menambah keunikan lagu ini. Sekali dengar aje, sudah jatuh cinta dengan ‘kaseh”. Tak percaya, dengarkanlah sendiri.

5. Satu Take 5
Lagu berbentuk akustik, sempoi sahaja bunyi yg dihasilkan. Amat sesuai dimainkan live dan dinyanyikan bersama2 dengan penyokong setia mereka.

6. Masih
Aku suka sound dan feel vocal yg diberikan oleh Pot di dalam trek ini. Lagu kedengaran agak funky ditambah permainan musik yg amat baik sekali.

7. Gulagila
Intro yg menarik. Lirik yg agak terus dan kedengaran sedikit lucu. Element reggae & ska jelas memainkan peranan utama. Sebuah lagi lagu yg dpt mengajak khalayaknya utk terus menyanyi beramai – ramai bersama mereka.

Untuk pengetahuan anda, album ini tidak terjual di major record store, mereka hanya memasarkan secara by hand dan ada juga di jual secara kecil kecilan di kedai2 yg menjual product2 indie yg mengambil bahagian heheheee.
Secara kesuluruhannya, sebuah album yg menarik utk didengar. Creativity & keberanian yg ditonjolkan meraka harus diberikan pujian. Ulasan yg diberikan hanya berdasarkan pandangan aku tanpa ada apa2 prejudis…. Dgn pengetahuan yg agak cetek mengenai musik, mungkin ada yg tidak setuju dgn ulasan ini. Tapi kata org lain padang lain belalangnya. Musik utk semua, peace.



Wednesday, June 18, 2008

film 'sepi' by kabir bhatia


aku tak sabor nak menunggu 26 jun nih... utk menonton buah tangan terbaru the talented film director, mr khabir bhatia berjudul sepi.

filem yg menampilkan nama2 besor industri perfileman antaranya afdlin shauki, vanidah imran, tony eusuff, baizura kahar & pierre andre... membacakan sinopsis & ulasan dlm dada2 akhbar tempatan baru2 ni, lagi membuatkan aku teruja nak menonton.

jika filem cinta menampilkan 5 kisah cinta (yg tidak berkaitan antara satu sama lain) di dlm satu cerita, filem sepi pulak mengisahkan 3 kisah cinta sepi yg saling berkaitan antara satu sama lain.

fuhh... gerenti dasat nih..

lebih teruja setelah mendengar lagu2 soundtrack filem ni spt aku bukan untukmu - zaf & lah dan sepi - yuni shara, pasti filem ni menyentuh kalbu ler..

aku minat giler lagu kaseh by radiostar


haloo...
aku sekarang nih tgh asyik mendengor lagu kaseh, nyanyian radiostar.
Radiostar ni band baru pot amir ngan member2 dia, alah mamat ni dulu vocalist innuendo.. legendary r&b group kat malaya nih satu ketika dahulu... Mamat pot amir ni best, aku pernah jumpa & sempat gak ler berkenalan ngan dia masa dia shooting telemovie tajuk hilang kat resort tempat aku kerja.

Lagu kaseh nih lagu balad, yg best nye ade element keroncong dlm musik lagu nih. Ada bunyi gendang, rebana dan gong pun ader rasanye heheee... Memang lain dr lagu2 tipikal kat malaya skrang nih... Firstime dengar lagu nih dlm myspace radiostar.

Lagu nih ader termuat dlm ep radiostar.. tajuk dia satu.. cd nih tak ader jual kat kedai2 muzik, diorg jual by hand ajer & ader jugak dijual kat kedai2 yg jual product2 indie.. Hari tuh aku turun kl, dan telah berjaya membeli cd diorg nih kat the ricecooker shop (kalau tak silap ler) central market.

Ader 7 lagu dlm ep satu nih.. semuanya enak utk didgr.. musik diorang lebih kpd pengaruh jazz, blues & pop.. Tapi laguh kaseh ler yg paling berhantu bagi aku ler..

Ni dia lirik lagu kaseh :

Biar bertahun kian mengalir
Esok kan jadi mimpi,
Keresahan ini pasti...
Dahaga merindu takkan kembali,
Semoga di hatimu teringat melodiku
Kerlipan bintang menjadi bukti...

Kali terakhir kunyatakan kepadamu
Sayang kamu sehingga kini
Hadirmu warnakan mimpi
Saban hari kau sayangi
Tak mungkin hilang
Kaseh...

Siang berlalu, malam berakhir
Bangunlah dari mimpi
Keresahan ini pasti..
Dahaga merindu,takkan kembali
Semoga di hatimu
teringat iramaku
Impianmu kan menjadi pasti..

Lirik : Pot Amir Lagu : Pot Amir/Mahfuz
Innate Publishing
From SATU EP and "Hilang" OST